
Penjawat awam harus jadi pemudah cara kepada ekonomi negara – KSN
KUALA LUMPUR, 1 Mei – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berharap penjawat awam dapat berfungsi sebagai pemudah cara kepada kitaran roda ekonomi negara yang semakin deras dan ligat susulan kedudukan negara kini dalam Fasa Peralihan ke Endemik.
Beliau berkata amalan nilai S.W.I.F.T iaitu “kepantasan, pengetahuan kelas antarabangsa, memberikan inspirasi, fleksibel dan berasaskan teknologi” mesti terus dilaksanakan dalam perancangan strategi dan pengoperasian tugasan di organisasi atau jabatan masing-masing.
“Malaysia kini berada di trajektori yang tepat untuk melangkah dengan lebih pantas dan megah di pentas dunia setelah lebih dua tahun bergelumang dengan pandemik COVID-19.
Ekonomi negara telah mencatatkan peningkatan yang positif sejak pembukaan semula ekonomi secara berperingkat yang dilaksanakan kerajaan, katanya dalam video yang dimuat naik di akaun Facebook beliau malam ini sempena sambutan Hari Pekerja esok yang bertemakan “Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara”.
Dalam masa yang sama Mohd Zuki turut mengajak seluruh penjawat awam untuk terus kekal menjaga kesihatan diri dan keluarga masing-masing.
“Terus pastikan SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan kerajaan kekal dipatuhi sepanjang masa,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...