Sorting by

×

PENJAWAT AWAM AGENSI AGAMA, SURI TELADAN KEPADA MASYARAKAT ISLAM

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

AYER KEROH 6 Disember – Penjawat awam yang berkhidmat di agensi agama Negeri Melaka bukan sahaja memikul amanah terhadap bidang tugasan masing-masing, sebaliknya mereka juga perlu menjadi contoh dan suri teladan kepada orang ramai.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, integriti adalah asas kepada kejayaan penjawat awam dalam melaksanakan tugas, selain itu mereka juga diingatkan supaya memastikan setiap tindakan adalah bersesuaian mengikut prinsip Islam.

“Sebagai penjawat awam berkhidmat di agensi agama, kita memikul amanah yang berat dan mulia, berikutan itu integriti adalah asas kepada kejayaan.

“Malah integriti menjadikan kita seorang yang berani, telus dan adil dalam melaksanakan tanggungjawab meskipun ia adalah tugas yang berat, suka juga saya ingatkan stigma negatif terhadap penjawat awam masih wujud.

“Perkara ini adalah cabaran kepada kakitangan awam khususnya kita yang berkhidmat di agensi agama, kerana kita bukan sahaja dinilai daripada sudut profesionalisme tetapi akhlak dan moral juga,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Agensi Agama Islam Negeri Melaka BIL 3/2024 di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah, hari ini.

Hadir sama, Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Badaruddin Mohd Kassim dan Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad.

Menurut Rahmad, penganjuran perhimpunan bulanan bukan sekadar simbolik perjumpaan antara agensi, sebaliknya menjadi platform untuk bermuhasabah dan merangka strategi baharu.

“Tidak dinafikan, program seperti ini adalah peluang keemasan untuk kita berkongsi pengalaman, bertukar-tukar pandangan dan merapatkan hubungan.

“Malah kerjasama erat yang terjalin akan menjadi kekuatan untuk kita menangani sebarang cabaran semasa khususnya dalam memperkukuhkan pelaksanaan undang-undang syariah, sekali gus meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

204
Kongsi :
Previous post MANGSA BANJIR TIDAK PERLU BUAT GANTIAN DOKUMEN HILANG, ROSAK – JPJ
Next post TUNGGANG MOTOSIKAL HAMPIR 11 JAM KE MELAKA
Ubah saiz-+=