Sorting by

×

Peniaga tidak digalak bungkus makanan guna surat khabar

Masa Membaca:53 Saat

AYER KEROH 19 April – Peniaga di negeri ini khusus pengusaha makanan tidak digalakkan untuk menggunakan surat khabar sebagai pembungkus atau alas makanan siap dimasak.

EXCO Kesihatan negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, dakwat pada kertas surat khbar mengandungi bahan kimia yang dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan dan memudaratkan tubuh manusia.

“Dakwat pada surat khabar dikhuatiri akan menjejaskan kualiti makanan dijual dan berkemungkinan boleh menyebabkan keracunan atau masalah kesihatan lain.

“Jika guna surat khabar sebagai pembungkus kena lapik plastik. Maksudnya balut makanan menggunakan plastik kemudian barulah boleh guna surat khabar sebagai pembungkus,” katanya ketika dihubungi MHI.

Mengulas lanjut Dr Muhamad Akmal berkata pihaknya bagaimanapun sentiasa memantau peniaga-peniaga makanan di negeri ini khusus sepanjang ramadan menerusi Op Ramadan.

“Memang kita Negeri Melaka ada Op Ramadan, jadi kita gunakan kesempatan yang ada ketika berjumpa pengusaha makanan untuk menilai dan melihat cara mereka uruskan makanan.

“Hasil pemantauan peniaga memang gunakan alas plastik, setakat ini tidak ada lagi masalah atau isu peniaga yang gunakan surat khabar secara terus untuk bungkus makanan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2730
Kongsi :
Previous post OKU maut, dua motosikal bertembung
Next post Perbanyakkan kempen kesedaran mengenai tindakan undang-undang jika abai anak
Ubah saiz-+=