
PENIAGA RUGI LEBIH RM50,000 TERPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD
KUALA TERENGGANU 16 Disember – Seorang peniaga kedai makan kerugian RM50,450 selepas ditipu skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi Telegram pada 30 Nov lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata lelaki berusia 53 tahun itu telah melihat satu iklan pelaburan yang menawarkan pulangan lumayan dan kemudian menghubungi seorang individu melalui aplikasi berkenaan.
“Mangsa bersetuju untuk membuat pelaburan dengan modal RM1,000 dan pulangan RM23,000. Mangsa diminta mengisi satu borang secara dalam talian yang mengandungi maklumat serta butiran peribadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa kemudian membuat lapan kali pemindahan wang berjumlah RM50,450 sebagai modal pelaburan ke empat akaun berbeza bermula 30 Nov hingga 5 Dis, namun sehingga kini tidak menerima sebarang keuntungan seperti dijanjikan.
Azli berkata mangsa yang berasa tertipu telah membuat laporan polis semalam dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...