
Peniaga pasar Ramadan terima lesen
ASAHAN 5 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan Fairul Nizam Roslan menyampaikan sedikit sumbangan dan lesen kepada peniaga di pasar Ramadan, Pekan Nyalas, di sini, semalam.
Pada lawatan sama Fairul Nizam sempat bertanyakan khabar, beramah-mesra bersama peniaga dan membeli juadah berbuka puasa yang dijual di pasar Ramadan berkenaan.
“Selesai sahaja mesyuarat di JAPERUN, saya singgah menyantuni peniaga pasar Ramadan di Pekan Nyalas.
“Macam-macam menu ada…hari ini (semalam) terpaut dengan gulai perut, selamat berbuka puasa semua,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya.
Peniaga yang menerima lesen berkenaan bukan sahaja ceria malah memberikan maklum balas positif kerana usaha dijalankan membantu mereka mencari pendapatan dalam keadaan lebih selesa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SIDANG DUN MELAKA PENGGAL KEEMPAT BUKA TIRAI SECARA RASMI
SERI NEGERI 25 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas Tahun 2025 di Seri...
TAPAK RV BAHARU DI BANDA HILIR
RIM 25 April - Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sedang dalam perancangan untuk...
CABUTAN BERTUAH TMM2024 TUNAI IMPIAN PEMAIN SEPAK TAKRAW PANDU KERETA ELEKTRIK
AYER KEROH 24 April - "Tergamam dan kelu sebaik melihat kenderaan elektrik (EV) diidamkan selama ini ada di depan mata....
1,141 JEMAAH MELAKA TUNAI HAJI TAHUN INI, PALING MUDA 16 TAHUN
PENGKALAN BATU 24 April - Seramai 1,141 jemaah Melaka menerima tawaran untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, kata Exco...
PERBADANAN KETUA MENTERI RAIKAN RAKAN STRATEGIK PADA MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI
AYER KEROH 24 April - Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) meraikan rakan strategik termasuk jabatan dan agensi Kerajaan Negeri berkaitan,...
RAYA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA MERIAH MACAM DULU-DULU
PENGKALAN BATU 24 April - Bagai mengembalikan nostalgia raya dulu-dulu, itu suasana kemeriahan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama...