Sorting by

×

Peniaga maut motosikal dirempuh pacuan empat roda

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

SUNGAI RAMBAI 15 Januari – Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh pacuan empat roda dipandu warga emas, dalam kejadian di Jalan Parit Penghulu, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi, mangsa Tan Hon Lai, 55, juga seorang peniaga maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, kemalangan maut itu membabitkan dua buah kenderaan iaitu motosikal ditunggang mangsa dan juga pacuan empat roda dipandu wanita berusia 64 tahun.

Menurutnya, sebelum kemalangan pacuan empat roda itu dalam perjalanan dari arah Sungai Rambai manakala mangsa dari Parit Penghulu.

“Siasatan dijalankan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pacuan empat roda terbabit dikatakan hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Akibat daripada itu ia terlanggar motosikal ditunggang mangsa yang kebetulan melalui lokasi kejadian sebelum merempuh pokok di tepi jalan,” katanya.

Katanya, penunggang motosikal kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan sebelum mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin bagi proses bedah siasat.

“Selain itu, kedua-dua kenderaan yang terbabit kini ditahan sebelum dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk tindakan lanjut.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2013
Kongsi :
Previous post Tiga lagi pusat rehabilitasi bakal dibina
Next post 70 peratus individu jalani rehabilitasi kembali bekerja
Ubah saiz-+=