
Aidilfitri: Peniaga lemang berjaga hingga ke pagi siapkan tempahan
BUKIT RAMBAI 2 Mei- Kelam-kabut, itulah situasi seorang peniaga lemang di Taman Bukit Rambai yang terpaksa berhempas-pulas menyiapkan tempahan pelanggan selepas Hari Raya Aidilfitri diumum sehari lebih awal daripada jangkaan.
Peniaga lemang, Abdul Majid Musa, 60, berkata ratusan batang lemang terpaksa dibakar malam tadi ekoran ramai pelanggan yang sudah membayar untuk juadah wajib hari raya itu.
“Sejurus selepas diumumkan esok (hari ini) raya, saya jadi tidak keruan, kelam kabut semuanya sebab tidak membakar lemang lagi.
“Tapi nasib baik semua kelengkapan seperti santan mencukupi, kerana rata-rata pelanggan yang membuat tempahan akan mengambil pada petang raya yang sepatutnya esok petang (hari ini).
“Jadi mahu atau tidak memang kena bakar juga atas permintaan pelanggan, ramai juga pelanggan hantar pesanan untuk awalkan ambil lemang, malam ini (malam tadi) juga,” katanya yang membakar lemang di hadapan rumah.
Dia yang saban tahun menjual lemang mempunyai pelanggan tetap dan tidak mahu menghampakan permintaan mereka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WAJAH BAHARU IKAN BAKAR PUNGGOR @ ALAI
TELOK MAS 16 April - Kompleks Ikan Bakar Muara Punggor Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang diberikan wajah baharu...
MHISB RAI KAKITANGAN DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PADA JAMUAN AIDILFITRI
AYER KEROH 16 April - Melaka Hari Ini Sdn Bhd (MHISB) meraikan kakitangan dan Ahli Lembaga Pengarahnya pada Majlis Sambutan...
MBMB TAWAR 4 INSENTIF SEMPENA ULANG TAHUN KE-22
KLEBANG 16 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan empat insentif khas kepada pelanggan bersempena Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai...
POLIS MELAKA BURU SINDIKET CURI 4X4
AYER KEROH 16 April - Polis Melaka kini giat memburu sindiket curi kenderaan pacuan empat roda yang semakin aktif melakukan...
MELAKA TUAN RUMAH KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL KEBANGSAAN
TANJUNG BIDARA 16 April - Melaka sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjuran acara bertaraf nasional menerusi penganjuran kejohanan memanah tradisional...
MELAKA ‘HIDUPKAN’ KEMBALI SUKAN POLO AIR
PAYA RUMPUT 16 April - Melaka yakin akan kembali melakar kegemilangan menerusi sukan polo air pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA)...