
PENIAGA KERUGIAN LEBIH RM100,000 DIPERDAYA SINDIKET PENIPUAN
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 34 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek pada 2 Sept lepas yang menyatakan kononnya terdapat aduan terhadap nombor telefon mangsa kerana terlibat kegiatan ‘scammer’.
Beliau berkata panggilan itu kemudian disambungkan kepada suspek yang menyamar sebagai pegawai polis dan mendakwa mangsa juga terlibat dengan aktiviti penyeludupan dadah serta penggubahan wang haram.
“Suspek mengarahkan mangsa muat turun aplikasi BNM (Bank Negara Malaysia) bagi tujuan mendaftarkan semua maklumat perbankan dan jumlah wang simpanan mangsa.
“Kemudian mangsa diarahkan untuk memindahkan sebanyak RM136,700 melalui mesin ATM dengan enam pindahan ke dua akaun bank diberikan suspek. Sumber wang kerugian ini ialah wang simpanan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya terhadap individu tidak dikenali dan membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...


