Peniaga disaran guna transaksi digital, mudah urusan
BUKIT KATIL 29 Januari – Sebagai usaha menuju ke era pendigitalan, penggunaan transaksi digital akan diperluaskan dalam kalangan peniaga di negeri ini.
Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan industri Asas Tani negeri, Datuk Abdul Razak Abdul rahman berkata antara usaha adalah dengan mempelbagaikan program dan kempen.
Katanya, ia seiring dengan kempen kerajaan dalam menggalakkan pembayaran tanpa tunai atau ‘cashless’.
“Saya galakkan untuk peniaga-peniaga di Melaka khususnya usahawan FAMA untuk bersama menyokong pelaksanaan transaksi digital bagi memudahkan urusan perniagaan.
“Di Melaka Agro Market (MAM) juga kita melihat sudah ada beberapa peniaga memperlihatkan imbasan QR Pay, dan kita akan laksanakan di peringkat peniaga secara berperingkat,” katanya
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Walkabout Melaka Agro Market di sini hari ini.
Dalam pada itu, kira-kira lebih 2,000 pengunjung menghadiri MAM anjuran FAMA bersama Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (YDMDI).
Selama dua( hari ini dan semalam) hari penganjuran MAM itu, seramai 42 usahawan menyertai terdiri daripada pelbagai jenis perniagaan termasuk makanan dan minuman.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.