
Peniaga dakwa rugi lebih RM120,000, diperdaya skim pelaburan tidak wujud
KUANTAN, 13 Sept – Gara-gara ingin mendapat hasil pelaburan berganda, seorang peniaga daging mendakwa kerugian RM126,259 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di laman web, Rabu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata lelaki berusia 48 tahun itu mendakwa telah menghubungi nombor telefon pada iklan berkenaan dan berurusan dengan suspek lelaki yang memintanya membuat bayaran RM1,000 bagi memperoleh keuntungan RM500.
“Mangsa mendakwa keuntungan itu menyebabkan dia berhasrat membuat pelaburan dalam jumlah yang lebih besar dan telah membuat transaksi pemindahan wang sebanyak tiga kali ke akaun bank diberikan suspek.
“Transaksi itu melibatkan jumlah RM37,329, RM37,950 dan RM50,980. Suspek kemudian meminta mangsa memasukkan lagi wang sebanyak RM60,000, bagaimanapun mangsa enggan kerana mula berasa curiga dengan skim pelaburan itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, kira-kira 162 kilometer dari sini semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.- BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
KPDN LANCAR OPS CAMPUR, 300 KAMPIT BERAS DIRAMPAS
PUTRAJAYA 11 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan...
NELAYAN TERJATUH DI PERAIRAN PULAU TIKUS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA
GEORGE TOWN 11 Mac - Seorang nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan berdekatan Pulau Tikus, di...
WARGA EMAS RUGI RM100,000 TERPERDAYA SINDIKET MENYAMAR PEGAWAI BNM
KUANTAN 11 Mac - Seorang wanita warga emas kerugian RM100,000 akibat terperdaya dengan sindiket yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara...
TIGA MAUT DALAM KEMALANGAN BABITKAN MPV, LORI DI BINTULU
BINTULU 11 Mac - Tiga maut manakala lima cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori tiga...
POLIS TEMBAK MATI PENJENAYAH DI BUKIT MERTAJAM
BUKIT MERTAJAM 11 Mac - Seorang penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok...
TAK MAHU BELI BAJU RAYA, PETANDA AISAR AZIM AKAN PERGI SELAMANYA – KELUARGA
SEREMBAN, 11 Mac - Permintaan untuk tidak membeli baju raya tahun ini menjadi petanda pemergian seorang remaja, Aisar Azim Abdullah,...