Sorting by

×

Pengusaha pelancongan di zon merah perlu bersedia rangka pakej menarik

Masa Membaca:54 Saat

MERSING 5 Okt. – Pengusaha industri pelancongan di kawasan zon merah COVID-19, perlu sentiasa bersiap sedia dan merangka pakej yang boleh menarik pengunjung sebaik kawasan mereka kembali bebas, daripada pandemik itu.

Pengarah Kanan Domestik dan Acara Tourism Malaysia Datuk Dr. Ammar Abd Ghapar berkata, usaha itu perlu bagi memulihkan semula sektor pelancongan di kawasan berkenaan dan memastikan ia terus berdaya tahan.

ā€œMerekaĀ (pengusaha industri pelancongan) perlu bersediaĀ apabila zon merah kembali hijau. Walaupun dalam zon merah, mereka masih perlu buat promosi. MerekaĀ perlu kreatif, bukan hanya berdiam diri tetapi bersedia denganĀ pelbagai inisiatif,ā€Ā katanya kepada pemberita selepas meninjauĀ prosedurĀ operasiĀ standard (SOP) industri pelancongan, di sebuah resort di sini, Ahad.

Turut hadir, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan Solehuddin Ahmad dan Timbalan Pengarah Bahagian Domestik dan Acara Tourism MalaysiaĀ Abdul Rahim Harun.

Ammar dalam masa sama berkata, Tourism Malaysia akan memberikan bimbingan dan memimpin pemain industri pelancongan, bagi memastikan mereka terus berdaya tahan.

ā€œSebab itu macam Tourism Malaysia, tugas kita adalahĀ membimbingĀ dan memimpin. Kami juga melakukan banyak komunikasi interpersonal dengan mereka, sehingga mereka merasakan bahawaĀ kerajaan prihatin dan selalu membantu,” katanya.

– BERNAMA

Views:

479
Kongsi :
Previous post UOB Malaysia jangka pelaburan raih semula momentum tahun depan
Next post KM, Setiausaha Kerajaan Melaka dan Exco negatif COVID-19