
Pengurus syarikat didakwa miliki 22 senjata paintball menyerupai senjata tiruan
MELAKA, 1 Dis (Bernama) — Seorang pengurus syarikat paintball mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 22 laras senjata paintball yang menyerupai senjata tiruan, September lepas.
Idilhan Ibrahim, 49, didakwa memiliki barangan tersebut di Pusat Ekuestrian Hang Jebat, Jalan Ekuestrian, Kompleks Sukan Hang Jebat di sini, pada 9.20 pagi, 12 Sept lepas.
Bapa kepada tiga anak itu dituduh mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda yang boleh sampai RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari mencadangkan tertuduh dikenakan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin.
Namun, peguam Mawar Nur Izatti Md Zamri yang mewakili Idilhan memohon jaminan tersebut dikurangkan atas alasan anak guamnya kini hilang pekerjaan dan perlu menanggung keluarga termasuk ibunya yang uzur.
Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim membenarkan Idilhan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Jan untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
BAYI LELAKI LIMA BULAN MENINGGAL DUNIA DI BAWAH JAGAAN PENGASUH
ISKANDAR PUTERI 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan...
POLIS JOHOR TERIMA LAPORAN KES GADUH DI LALUAN MASUK BSI
JOHOR BAHRU 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan antara dua lelaki, seperti yang tular dalam...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAIKAN SAUDARA BAHARU
AYER KEROH 10 April - Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mualaf Negeri Melaka dijadualkan pada 19 April depan bakal menghimpunkan...
EJEN HARTANAH MENINGGAL DUNIA DALAM SUV
AYER KEROH 10 April - Seorang ejen hartanah ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 miliknya...
KES BULI MRSM: POLIS SELESAI REKOD KETERANGAN TUJUH PELAJAR
NIBONG TEBAL 10 April - Polis merekodkan keterangan dua lagi pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, bagi...
DUA MAUT, SEORANG PARAH DALAM KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI KUCHING
KUCHING 10 April - Dua lelaki maut manakala seorang remaja perempuan parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tun...