
Pengurangan cukai taksiran 10 peratus bantu PBT Melaka – Shadan
SERI NEGERI 10 Jan – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini menyambut baik pengurangan 10 peratus cukai taksiran bagi tahun 2022.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman berkata, langkah itu sekali gus melegakan pemegang cukai taksiran di semua PBT Melaka.
“Kalau di pihak PBT, kita dengar tadi ucapan Ketua Menteri dalam amanat tahun baharu antaranya mengurangkan 10 peratus cukai taksiran pada tahun 2022.
“Jadi InsyaAllah perkara ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat memang telah diatur pengurangan 10 peratus untuk cukai taksiran tersebut,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas mendengar Amanat Tahun Baharu Ketua Menteri di Seri Negeri, hari ini.
Dalam pada itu, Shadan berkata pihaknya menyambut baik tema Kecekapan Pelaksanaan Demi Kemakmuran Negeri Melaka’ yang disuarakab kerajaan negeri.
“Bagi pihak MPHTJ kami menerima segala pandangan yang telah diutarakan oleh YAB Ketua Menteri sebentar tadi.
“Kita menyambut dengan keadaan yang baik dengan janji yang dikeluarkan oleh kerajaan hari ini…. kita akan cuba memastikan masyarakat di luar sana berpuas hati,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...
PPSPM SUSUN PELBAGAI ACARA MENJELANG WTD 2025
BANDARAYA MELAKA 27 April - Pelbagai program menarik sedang disusun Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi bersama-sama memeriahkan...
‘RAYA TAK RILEKS’ DUYONG KENA SERBU
DUYONG 27 April - Suasana penghujung Syawal terus membara di Duyong apabila lebih 10,000 pengunjung membanjiri Jamuan Raya Tak Rileks...
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...