Sorting by

×

PENGUNJUNG ZOO MELAKA MULA TUNGGU DARI JAM 5 PAGI

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 20 Februari – Perkarangan Zoo Melaka dipenuhi orang ramai yang mengambil peluang untuk masuk percuma bersama keluarga.

Zoo Melaka antara 13 produk pelancongan menawarkan kemasukan secara percuma bersempena cuti umum Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 20 Februari.

Difahamkan ada antara pengunjung yang tiba seawal jam 5 pagi dan menunggu di perkarangan tempat meletak kereta.

Laluan masuk khas disediakan pihak zoo bagi melancarkan pergerakan masuk selain kaunter jualan tiket dibuka seperti biasa untuk pengunjung bukan warganegara.

Meskipun berlaku sedikit kesesakan susulan pertambahan bilangan kenderaan di tempat lentak kenderaan namun aliran trafik berjalan lancar.

Terdahulu, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron turun padang menyantuni pengunjung di Zoo Melaka.

Pasukan Paramedik Komuniti turut berada di Zoo Melaka bagi bersila sedia untuk memberi bantuan awal sekiranya berlaku kecemasan.

Selain Zoo Melaka antara lokasi terpilih lain yang menawarkan insentif itu adalah Melaka River Cruise; Menara Taming Sari; muzium-muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan Kompleks Air Panas Gadek.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

595
Kongsi :
Previous post SUSU PERCUMA ATASI ISU MURID ‘BANTUT’
Next post MASUK PERCUMA TAHUN INI LEBIH SISTEMATIK, LANCAR