Pengunjung muzium meningkat 80,000

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

BANDA HILIR, 19 Julai – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) merekodkan seramai 80,000 pengunjung melawat ke Muzium Melaka pada Jun lalu.

Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata, ia sekali gus menunjukkan peningkatan berbanding kira-kira 65,000 pengunjung dalam bulan sama pada tahun 2018 biarpun terdapat isu mengenai kenaikan harga tiket sebelum ini.

Katanya, PERZIM akan menambah baik infrastruktur serta mengadakan pertukaran artifak seperti muzium kapal selam milik Datuk Azhar Mansor sebagai daya tarikan baharu dalam Kompleks Muzium Negeri Melaka.

“Pelancong yang masuk ke Muzium Melaka apabila sempadan dibuka amat menggalakkan walaupun kita ada pertambahan harga tiket tetapi kita lihat semakin lama semakin bertambah.

“Saya percaya harga tiket itu selari dengan daya tarikan muzium yang telah kita tambah baik. Contohnya pada satu ketika nanti kita akan adakan skrin diod pemancar cahaya (LED).

“Saya juga telah berjumpa dengan Pengarah Jabatan Muzium Malaysia untuk kita adakan pertukaran artifak-artifak dan saya bersama Pengurus Besar pun dah berbincang bagi meminjam artifak-artifak dari sana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Muzium Rakyat, di sini hari ini

Hadir sama, Hadir sama, Pengurus Besar PERZIM, Dr Mohd Nasruddin Rahman.

Pengurus Besar PERZIM, Dr Mohd Nasruddin Rahman.

Sementara itu, Mohd Nasruddin berkata, PERZIM sentiasa komited bagi memastikan muzium Melaka menjadi tempat persinggahan utama pelancongan tahun ini.

“Selepas ini pengunjung akan rasa nyaman di Balai Istana dengan Balai Rong Seni yang baharu untuk mereka bergambar apalagi sekarang ini sedang panas dengan fenomena Mat Kilau.

“Kita juga akan menaik taraf Muzium Hang Tuah sebagai ‘living museum’ dengan kos peruntukan RM4 juta daripada persekutuan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1852
Kongsi :
Previous post Lebih RM 78 juta diselamatkan Bomba Melaka
Next post Polis tahan penceramah bebas disyaki rogol remaja
Ubah saiz-+=