
Pengunjung muzium di Melaka meningkat 80 peratus
BANDARAYA MELAKA 10 Dis – Perbadanan Muzium Negeri Melaka (Perzim) merekodkan peningkatan 80 peratus kedatangan pelancong ke muzium-muzium di negeri ini sejak sempadan dan sektor pelancongan negeri dibuka Okt lalu.
Timbalan Pengerusi Perzim, Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata, peningkatan kemasukan itu sekali gus membuktikan pemulihan industri pelancongan Melaka kini berada di landasan yang tepat.
“Sejak sempadan negeri dibuka, sektor pelancongan semakin pulih.
“Kita dapat lihat melalui keadaan lalu lintas di Melaka yang sesak malah di dalam muzium-muzium di sini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Perjanjian Persefahaman MoU antara empat agensi bersama Persatuan Pelancongan Melaka MTA di Hotel Holiday Inn, di sini malam tadi.
Dalam pada itu, beliau berkata, sambutan menggalakkan pelancong di negeri ini turut memberi tempias kepada sektor penginapan inap desa (homestay) di Melaka.
Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Homestay Melaka memaklumkan pihaknya merekodkan tempahan bagi penginapan tersebut turut meningkat luar biasa terutama pada bulan Nov dan Dis ini.
“Homestay kini kita terima banyak tempahan kerana Nov dan Dis, orang ramai dah boleh buat kenduri. Jadi tempahan homestay memang penuh,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...