
Pengunjung mula datang ke Zoo Melaka
AYER KEROH 23 Nov. – Zoo Melaka merekodkan peningkatan jumlah kedatangan pelancong selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini ditamatkan Sabtu lalu.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman berkata, pada Ahad lalu Zoo Melaka menerima lebih 500 pengunjung berbanding minggu sebelum hanya 20 pengunjung.
“Apablia kerajaan umum PKPB tamat, hari Ahad pengunjung mula datang ke Zoo Melaka bersama keluarga.
“Jika dibandingkan sebelum pelaksanaan PKPB di negeri-negeri lain, hujung minggu saja kita terima lebih 10,000 hingga 12,000 pengunjung,” katanya kepada MHI.
Jelasnya, bagaimanapun pihaknya mengharapkan lebih 1,000 pelancong akan mengunjungi Zoo Melaka hujung minggu ini.
“Bila orang dari Johor dah boleh datang ke Melaka, sudah pasti jumlah tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa.
“Dengan peningkatan jumlah pelancong ini, kita dapat meningkatkan semula pengoperasian Zoo Melaka sebanyak 10 peratus,” katanya lagi.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA MAHU TAMBAH KAWASAN REHAT ‘ABANG RIDER’
BANDA HILIR 15 Mac - Kerajaan Negeri akan menyediakan lebih banyak tempat rehat bagi mereka yang terlibat dalam sektor P-Hailing...
LEBIH 1,500 IFTAR SANTAI BERSAMA KETUA MENTERI DI BANDA HILIR
BANDA HILIR 15 Mac - Lebih 1,500 pengunjung memeriahkan Majlis Iftar Santai Bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
CERIA TERIMA SUMBANGAN AIDILFITRI
LENDU 15 Mac - Kanak-kanak mengalami kesukaran berjalan akibat masalah saraf Sheikh Muhammad Alif Alashiri, 12, antara penerima sumbangan bantuan...
PINTU MASUK MELAKA LEBIH INDAH, CERIA SEMPENA AIDILFITRI
PAYA RUMPUT 15 Mac - Kesemua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini diminta untuk menceriakan kesemua pintu masuk...
TINDAKAN TEGAS MENANTI KONTRAKTOR PENYELENGGARAAN TIDAK IKUT SOP – MPHTJ
AYER KEROH 15 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada kontraktor penyelanggaraan...
KPDN EDAR 18,000 BAUCAR E-DOMPET
DUYONG 15 Mac - Sejumlah 18,000 baucar e-dompet diedarkan dan dinikmati oleh rakyat Melaka bermula 11 hingga 15 Mac (hari...