Pengunjung ambil peluang beli barang keperluan harga rendah

Masa Membaca:1 Minit, 56 Saat

BUKIT KATIL 29 Januari – Orang ramai tidak melepaskan peluang berkunjung dan membeli pelbagai barangan keperluan di Melaka Agro Market seawal jam 8.30 pagi tadi.

Tinjauan Melaka Hari Ini di Melaka Agro Market pada hari terakhir penganjurannya mendapati pengunjung beratur di tiga gerai ‘panas’ meskipun hujan gerimis.

Tiga gerai tersebut adalah gerai menjual telur pelbagai gred dari ladang yang dijual dengan harga lebih rendah.

Telur dijual bermula dari gred A serendah RM 12.60 sepapan manakala gred B (RM 12.60) dan gred C (RM12).

Bagi telur Omega Gred A, ia dijual dengan harga RM15 sepapan dan Omega biasa dijual pada harga RM 14.50.

Sementara itu, gerai kedua yang turut mendapat sambutan hangat adalah gerai menjual minyak masak paket dengan nilai RM2 sepaket.

Difahamkan, penjual hanya menghadkan pembelian seorang pelanggan hanya limit membeli dua paket sahaja.

Manakala gerai ketiga adalah gerai menjual sayuran segar terdiri dari dua jenis sayuran iaitu kangkung dan bayam yang dijual pada harga RM1 seikat.

C06D239C-1B5B-4E33-B486-CB7BDFBBAD92
Pengunjung, Rosmazihan Muhammad, 39, dari Bukit Katil gembira selepas membeli minyak masak peket yang diperolehi di Melaka Agro Market pada Program Jualan Terus Dari Ladang dengan kerjasama FAMA Negeri Melaka di Bukit Katil, Melaka. Foto: MR. AZLI

Menurut seorang pengunjung, Rosmazihan  Muhammad, 39, yang tinggal di Bukit Bayan, Bukit Katil berkata dia telah tiba di Melaka Agro Market seawal jam 9 pagi tadi.

Katanya, berbaloi membeli di Melaka Agro Market kerana barangan keperluan dijual dengan harga lebih rendah dari pasaran.

“Syukur, saya dapat beli minyak masak dua paket, walaupun beratur panjang, hujan gerimis tidak patahkan semangat untuk beli minyak masak.

“Lepas ini saya nak membeli sayuran pula, sudahlah murah, segar dari ladang pula,” katanya.

F6BFBEA2-5CAB-4CD8-B60E-6E915EE4AFFE
Pengunjung, Mat Karim Parimin, 73, menunjukkan barang keperluan harian yang diperolehi di Melaka Agro Market pada Program Jualan Terus Dari Ladang dengan kerjasama FAMA Negeri Melaka di Bukit Katil, Melaka. Foto: MR. AZLI

Nada sama disuarakan seorang lagi pengunjung, Mat Karim Parimin, 73, berkata dia berkunjung ke Melaka Agro Market selepas dimaklumkan dalam WhatsApp berkumpulan bahawa ada jualan murah barangan keperluan pagi tadi.

“Saya dapat WhatsApp pada waktu pagi tadi, sejurus selepas itulah terus ke sini dan beratur untuk membeli telur, minyak masak dan sayuran,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1177
Kongsi :
Previous post Hujan berterusan diramal landa pantai timur, selatan tanah air, Sabah hingga Isnin
Next post Melaka sasar 100 lokasi penganjuran MAM 2023
Ubah saiz-+=