Sorting by

×

Pengundi muda pilih calon muda

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

HANG TUAH JAYA 17 November – “Calon muda perlu diberikan peluang untuk mentadbir dan membawa pembaharuan kepada negara,” itu kata pengundi muda Muhammad Hazim Khairul Anuar,20.

Menurut pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu, dia tidak menidakkan kewibawaan serta kebolehan pemimpin yang ada namun sentuhan pemimpin muda perlu diberi peluang serta ruang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, sebagai pengundi yang pertama kali keluar menunaikan kewajipan pada 19 November ini, pastinya dia mempunyai calon tersendiri untuk dipilih sekaligus berkhidmat buat rakyat.

“Bagi saya tiga kriteria utama perlu ada pada seorang calon untuk dipilih iaitu individu yang bertanggungjawab, berkaliber serta mempunyai sifat prihatin yang dekat dengan rakyat.

“Setiap indiviu mempunyai hak untuk membuat keputusan sendiri tanpa ada campur tangan orang di sekeliling dan gunakan peluang ini sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, bagi seorang lagi pengundi muda, Muhammad Aisy Jaballah, 20, berkata, seseorang calon yang dipilih mestilah boleh memberikan sesuatu kepada rakyat dan negara dalam membantu mengurangkan beban yang ditanggung.

“Sebagai pengundi yang tinggal dinegara demokrasi, kita perlu membuat pilihan calon yang tepat. Meskipun saya pengundi yang pertama kali akan mengundi, sebarang keputusan mengenai pilihan calon dibuat oleh diri sendiri tanpa ada campur tangan sesiapa,” katanya.

Terdahulu, calon Barisan Nasional (BN) Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, beramah mesra dengan Mahasiswa Anak Melaka di tempat letak kereta Masjid Al-Alami MITC, Ayer Keroh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1713
Kongsi :
Previous post RM170 juta disalurkan kepada 8,000 agropreneur muda
Next post Hanya pokok berakar tunjang akan ditanam di Melaka
Ubah saiz-+=