Sorting by

×

PENGUATKUASA MBMB MAHIR ILMU ‘BASIC LIFE SUPPORT’

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH 24 Disember – Hampir 200 penguatkuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sudah menerima latihan dan mahir mengenai ilmu sokongan hayat asas atau Basic Life Support (BSL).

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata usaha itu seterusnya mewujudkan satu pasukan khas BSL MBMB yang berkelayakan memberi bantuan kecemasan kepada orang ramai.

Katanya, inisiatif itu juga adalah sebagai menyahut saranan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk faedah rakyat.

“Hampir 200 penguatkuasa MBMB telah menjalani kursus BSL yang mana mereka ini boleh mengendalikan isu atau kemalangan kecil yang melibatkan luka dan sebagainya.

“MBMB juga menyambut baik saranan Ketua Menteri untuk menyediakan perkhidmatan ambulans di setiap PBT dan kita akan berbincang lebih lanjut bagi tujuan pembelian van ambulans,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Perdana PBT Negeri Melaka 2024 yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Dewan Taming Sari MBMB, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin; Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal negeri, Allex Seah Shoo Chin; Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin serta kenamaan lain.

Img 20241224 Wa0004
SEBAHAGIAN penguatkuasa MBMB yang dipakaikan lencana Basic Life Support.

Mengulas lanjut Shadan turut memaklumkan pihaknya sebelum ini sudah menyediakan perkhidmatan van jenazah untuk memudahkan urusan masyarakat.

“Inisiatif van jenazah ini telah dimulakan sejak setahun lalu dan sehingga kini kita masih teruskan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

70
Kongsi :
Previous post 5 PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN MPHTJ SEPANJANG TAHUN 2024
Next post MENSEJAHTERA RAKYAT FOKUS BAJET 2025 NEGERI MELAKA
Ubah saiz-+=