Sorting by

×

Pengkalan Balak kembali jadi destinasi pilihan hujung minggu

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

TANJUNG BIDARA 6 Mac – Pantai peranginan Pengkalan Balak dan Padang Kemunting, di sini, kembali menjadi pilihan pengunjung minggu ini selepas ‘sepi’ beberapa minggu lalu.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) sejak tengah hari tadi mendapati, keadaan di pantai peranginan itu kembali dipenuhi keluarga yang mahu menjalankan aktiviti riadah.

Walaupun sambutannya tidaklah sehebat sewaktu mula-mula kebenaran rentas negeri dikuatkuasakan dahulu, namun kemeriahan itu tetap dirasai.

Seorang pengunjung dari Bukit Katil, Ismail Yatim, 38, berkata, Pengkalan Balak kekal menjadi pilihan keluarganya untuk berkelah bersama keluarga biarpun terdapat beberapa pantai peranginan lain di Melaka.

Jelasnya, ia disebabkan kawasan berkenaan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti gerai perniagaan, pusat penginapan dan kemudahan tandas disediakan di pantai itu.

“Kalau nak berkelah bersama keluarga dari dulu lagi memang kita pilih pantai ini berbanding di Klebang atau Pantai Puteri kerana di sana susah nak dapatkan kemudahan dan keadaan juga agak sesak di sana,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

ISMAIL

Sementara itu, Nur’ain Othman, 36 dari Masjid Tanah mengakui kedatangan pengunjung ke pantai itu agak berkurangan sebelum ini.

Namun, minggu ini situasi mula berubah dan dilihat kawasan pantai dan chalet peranginan berhampiran kembali dipenuhi pelancong.

“Petang semalam lalu di kawasan ini kita tengok ramai juga pelancong cuma hari ini (Ahad) agak berkurangan, mungkin disebabkan ramai yang sudah balik kerana perlu bekerja esok.

“Namun dari dulu kalau nak berkelah, kawasan pantai Pengkalan Balak memang jadi pilihan kami sekeluarga kerana keadaannya yang meriah dan dekat dengan kediaman kami,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2070
Kongsi :
Previous post Ramai pasangan kahwin muda di Melaka bercerai, terbabit keganasan rumah tangga
Next post Sedia lokar di sekolah tangani isu beg berat – Radzi
Ubah saiz-+=