
Penghuni banglo berdepan detik cemas tanah runtuh
KUALA LUMPUR, 15 November – Tiga sekeluarga berdepan detik cemas apabila banglo yang didiami mereka di Taman Halaman di sini, ditimpa tanah runtuh menyebabkan sebahagian dinding bahagian belakang rumah itu roboh.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.30 pagi tadi dan mengerahkan jentera dengan kekuatan tujuh anggota ke lokasi kejadian.
Beliau berkata bomba mendapati kejadian tanah runtuh berlaku di bahagian belakang banglo lima tingkat itu dan terdapat tanah dan batuan dari cerun bukit menimpa serta merobohkan dinding bahagian dapur di tingkat satu dan bilik tidur di tingkat dua.
“Pasukan (kami) turut memeriksa semua tingkat dan bilik di rumah berkenaan bagi memastikan semua penghuni sudah keluar dengan selamat.
“Bomba kemudian membuat pemeriksaan pergerakan tanah dan memasang sawar-sawar di kawasan tanah runtuh,” katanya ketika dihubungi.
Norazam berkata tindakan lanjut diserahkan kepada Unit Cerun Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang turut berada di lokasi.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LAKSANA PROJEK, PROGRAM MENGIKUT TEMPOH MASA DAN SASARAN
SERI NEGERI 25 April - Penilaian indikator-indikator pembangunan, perancangan projek dan program diatur perlu mengikut sasaran dan tempoh masa ditetapkan....
PERKASA KEBOLEHPASARAN GRADUAN TVET MELAKA
SERI NEGERI 25 April - Pelbagai strategi diatur bagi membantu meningkatkan lagi tahap kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan...
INISIATIF PARAKOM BUKTI KERAJAAN CAKNA ASPEK KESEJAHTERAAN, KESIHATAN RAKYAT
SERI NEGERI 25 April - Komitmen Kerajaan Negeri terhadap kesejahteraan dan kesihatan rakyat terbukti menerusi pelaksanaan inisiatif Paramedik Komuniti (PARAKOM)....
WRUR BUKA RUANG PEMIMPIN SANTUNI RAKYAT
SERI NEGERI 25 April - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang bermula pada tahun ini telah membuka ruang cukup...
PEMBINAAN LOJI WTE PERLU DISEGERAKAN
SERI NEGERI 25 April - Pembinaan loji pemprosesan sisa pepejal kepada tenaga (WTE) di tapak pelupusan sisa pepejal sanitari Sungai...
INISIATIF DIGITAL TINGKATKAN TAHAP KETERHUBUNGAN RAKYAT MELAKA
SERI NEGERI 25 April - Pelaksanaan inisiatif digital berimpak tinggi di negeri ini tidak hanya meningkatkan kecekapan pentadbiran, malah mempercepatkan...