Penghayatan kibar Jalur Gemilang perlu sepanjang hayat

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER MOLEK 9 September – Pelbagai program diatur Jabatan Penerangan (JaPeN) Negeri Melaka bagi memastikan semangat mengibarkan Jalur Gemilang dalam kalangan orang ramai berterusan dan bukan sekadar mediah sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan sahaja.

Pengarah JaPeN negeri, Shahrom Ravin Daram Abdullah berkata, bagi mendukung hasrat terbabit lebih 100 program bertemakan patriotisme diatur pihaknya bermula Julai lalu hingga 16 September.

Katanya, perancangan itu seiring dengan hasrat Kerajaan Pusat untuk menyemarakkan perpaduan dalam panganjuran Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023.

“Sambutan pada setiap penganjuran program membabitkan ketiga-tiga daerah di negeri ini sangat memberangsangkan, ramai yang hadir untuk ambil bahagian.

“JaPeN akan sentiasa komited menyuntik semangat patriotisme dan perpaduan ini kerana kita tidak mahu rakyat hanya sekadar mengibarkan Jalur Gemilang namun perlu ada penghayatan. Bukan sekadar pada Bulan Kebangsaan, namun sehingga ke akhir hayat.

“Selain peringkat daerah kami juga anjurkan program seumpama ini di peringkat sekolah di Negeri Melaka,” katanya kepada pemberita selepas mewakili Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman merasmikan Program Semarak Gemilang Daerah Melaka Tengah bersama Komuniti Jawa Melaka di Bangunan Pusat Komuniti Persatuan Warisan Anak Jawa (PERWAJA), Paya Dalam, di sini, hari ini.

Terdahulu, program disertai kira-kira 100 penduduk kampung yang mengambil bahagian dalam pelbagai acara menarik seperti sukan rakyat dan perarakan kemerdekaan.

Program sama turut menarik penyertaan 20 delegasi Pertubuhan NGO Pattani dan Selatan Thailand, sekali gus menyemarakkan perpaduan serta perkongsian budaya di rantau ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1441
Kongsi :
Previous post Sidang khas Dewan Rakyat bermula Isnin ini bentang kajian separuh penggal RMK12
Next post Jasa dua juruterbang nahas pesawat terhempas diiktiraf Persekutuan Pengakap Malaysia
Ubah saiz-+=