
Penghantar makanan didenda RM4,000 cabul wanita Indonesia
GEORGE TOWN, 27 April – Seorang penghantar makanan didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang wanita warga Indonesia, Rabu lepas.
Muhammad Falihin Abdul Talib, 28, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan oleh jurubahasa.
Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi mencabul kehormatan wanita berkenaan pada 12.30 tengah hari, 20 April lepas di Jalan Bukit Gambir, Gelugor.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.
Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nazri Abdul Rahim yang meminta denda setimpal dikenakan sebagai pengajaran manakala tertuduh diwakili peguam, S Bommy.
Dalam rayuannya, Muhammad Falihin memohon denda minimum kerana berpendapatan RM2,000 sebagai penghantar makanan dan perlu menanggung seorang anak berusia setahun dan isterinya sedang hamil lima bulan.
Nur Melati memerintahkan tertuduh didenda RM4,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda itu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BOMBA TERUS BERJASA, SUMBANG 40 BAKUL RAMADAN KEPADA ASNAF
JASIN 10 Mac - Bukan sekadar berjasa setiap kali berlaku bencana atau kecemasan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka...
PEGAWAI KESELAMATAN RUGI LEBIH RM300,000 DITIPU PHONE SCAM
CHUKAI 10 Mac - Seorang pegawai keselamatan sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM303,750 selepas diperdaya sindiket ‘phone scam’....
PEMANDU MAUT TERSEPIT DALAM KEMALANGAN BABIT DUA LORI
IPOH 10 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki maut apabila lori dipandunya melanggar belakang sebuah lagi lori dalam kemalangan di Kilometer...
DOKTOR BERKELAKUAN TIDAK SENONOH DITAHAN SEMULA SUSULAN LAPORAN POLIS KETIGA
GEORGE TOWN 10 Mac - Seorang doktor perubatan sebuah hospital di sini yang ditahan kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap...
ADDRIENA BATRISYA DILANTIK YDP MPP KAYM
AYER KEROH 10 Mac - Nur Addriena Batrisya Zita@Zukalman, pelajar semester 2 Diploma Teknologi Elektronik Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM)...
UBAH SUAI BOT LAMA JADI PRODUK PELANCONGAN BAHARU
BANDARAYA MELAKA 10 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) bercadang mewujudkan produk baharu dengan membaik pulih serta...