
Penggunaan getah asli sebagai campuran bahan turapan jalan diperluas tahun ini
KUALA LUMPUR 20 Julai – Kerajaan akan memperluaskan penggunaan getah asli latex sebagai bahan tambahan turapan jalan raya di seluruh negara tahun ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Eddin Syazlee Shith.
Menurutnya usaha itu akan dilaksanakan melalui peruntukan RM140 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).
Katanya usaha itu juga mampu membantu meningkatkan kepelbagaian penggunaan getah tempatan selain meningkatkan pendapatan pekebun kecil.
“Selain itu, Kementerian Kerja Raya juga telah menjalankan kajian dalam penggunaan sisa plastik sebagai bahan tambahan dalam turapan jalan.
“Pemantaun ke atas prestasi turapan jalan plastik mendapati turapan jalan plastik juga lebih baik berbanding turapan konvensional. (Kajian) mendapati turapan plastik retak selepas 15 bulan berbanding konvensional iaitu (retak) enam bulan,” katanya ketika sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Mohd Anuar Mohd Tahir (PH-Temerloh) yang ingin kerajaan menyatakan status terkini penggunaan bahan getah dan plastik sebagai bahan tambahan untuk turapan jalan.
– BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
REZEKI ANAK DAPAT BAJU RAYA PERCUMA
Oleh: Azwani Mohammad PENGKALAN BATU 18 Mac - Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat 210 anak-anak fakir, miskin dan yatim...
BAYAR ZAKAT BERSEMUKA MASIH JADI PILIHAN
PENGKALAN BATU 18 Mac - Kaedah pembayaran Zakat Fitrah menerusi amil tetap menjadi pilihan umat Islam di negeri ini meskipun...
PERMAINAN VIDEO ROBLOX INSPIRASI PERKAMPUNGAN HANG TUAH
DUYONG 18 Mac - Melaka International College of Science And Technology (MiCoST) kini dalam usaha membangunkan permainan video berbentuk animasi...
BUSANA AIDILFITRI UNTUK ANAK ASNAF
PENGKALAN BATU 18 Mac - Riak wajah ceria jelas kelihatan di wajah 210 kanak-kanak penerima bantuan Tautan Kasih Ramadan 'Busana...
JUALAN MADANI KOPERASI MELAKA PADA 25 MAC INI
KESIDANG 18 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka akan menjalankan Jualan Madani Koperasi pada 25 Mac ini. Pengarah Suruhanjaya...
PENGAYUH BECA TIDAK DILUPAKAN KERAJAAN MELAKA
BANDA HILIR 18 Mac - Sebanyak empat persatuan beca di negeri ini menerima sumbangan sejumlah RM8,000 sempena sambutan Hari Raya...