
Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka hadir Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Masjid Tanah
Masa Membaca:18 Saat
SEMANGAT Muafakat Nasional diteruskan apabila Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Masjid Tanah Kali Ke-38, hari ini.
Diadakan di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat merangkap Setiausaha Politik Menteri Alam Sekitar & Air Dr Mohd Zuhdi Marsuki.
Views:
362