
Pengeluaran i-Citra KWSP sehingga RM5,000
PUTRAJAYA 28 Jun – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan pengeluaran i-Citra dengan pengeluaran sehingga RM5,000 bermula Ogos ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata menerusi pengeluaran itu, seramai 12.6 juta ahli KWSP dibenarkan mengeluarkan caruman KWSP sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan selama lima bulan.
Katanya, pengeluaran itu bagaimanapun tertakluk kepada jumlah simpanan ahli KWSP.
“Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian,” katanya pada pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, semua ahli boleh mengemukakan permohonan menerusi kemudahan pengeluaran portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai ini.
“Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.
“Hakikatnya ia keputusan sukar kerana Kerajaan sedar ini adalah simpanan hari tua rakyat, dan penyelesaian i-Citra mengambil jalan tengah antara keperluan mendesak hari ini dan pulangan yang wajar bagi ahli-ahli KWSP yang tidak memerlukan pengeluaran,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...