
Pengawal keselamatan maut bergesel Honda Civic
DURIAN TUNGGAL 13 Julai – Seorang pengawal keselamatan maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kampung Padang Keladi, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, mangsa Salim Aman, 50 yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC mengalami kecederaan parah di kepala selepas melambung akibat bergesel dengan sebuah kereta dari arah bertentangan.
Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka pada jam 1.25 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dari arah Ayer Keroh telah masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar sisi kereta jenis Honda Civic dari arah Durian Tunggal menghala ke Bukit Katil.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa telah melambung ke tengah jalan.
“Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala telah dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan pada jam 1.25 pagi tadi oleh pihak hospital.
“Saksi di tempat kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...