
Pengasuh warga Thailand ditahan dipercayai dera bayi
JOHOR BAHRU 26 Mac – Seorang pengasuh warga Thailand ditahan hari ini dipercayai mendera seorang bayi perempuan berusia enam bulan di bandar raya ini, 14 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, wanita berumur 29 tahun itu didapati sudah berkahwin dengan seorang lelaki warga tempatan.
“Pada 14 Mac lalu, polis menerima satu laporan mengatakan seorang bayi perempuan berumur enam bulan disyaki didera oleh pengasuh warga Thailand.
“Mangsa (bayi) mengalami lebam dan bengkak di anggota badan serta pendarahan kecil di dalam kepala,” menurutnya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata bayi itu kini dirawat di sebuah hospital swasta di sini dan berada dalam keadaan stabil.
Katanya pengasuh itu kini disiasat lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...