
Pengasuh mengaku tak salah cederakan bayi
MELAKA, 27 Jan – Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang bayi perempuan berusia lapan bulan.
Siti Aqilah Shahimi, 25, didakwa menyebabkan kecederaan kepada bayi yang diasuhnya itu di sebuah rumah di Taman Limbongan Permai di sini pada 6.20 petang, 7 Sep lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Inspektor Mohammad Naim Abd Jalil mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 terhadap tertuduh.
Siti Aqilah yang diwakili peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon jaminan rendah memandangkan tertuduh yang telah berkahwin berpendapatan RM1,800 sebagai pengasuh kanak-kanak.
Majistret Mazana Sinin membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Mac ini untuk sebutan semula kes.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
158 BAS EKSPRES DIKENAKAN NOTIS LARANGAN PENGGUNAAN DALAM OPERASI HRA
KUALA LUMPUR 28 Mac - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan notis larangan penggunaan kepada 158 bas ekspres kerana didapati tidak...
KENDERAAN BERAT LEBIH HAD MUATAN PUNCA UTAMA KEROSAKAN JALAN – NANTA
SUNGAI BULOH 28 Mac - Kenderaan berat yang membawa muatan melebihi had dibenarkan menjadi punca utama kerosakan jalan raya, kata...
ALUMNI UTEM TERUS BERJASA
DURIAN TUNGGAL 28 Mac - Alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bergiat aktif dalam usaha membantu universiti dari semasa ke...
LlMA MAUT NAHAS EMPAT KENDERAAN DI KLUANG
KLUANG 28 Mac - Lima termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM58.1 Lebuhraya...
ORANG JASIN KUMPUL HAMPIR 7 TAN SISA KITAR SEMULA
JASIN 28 Mac - Program 'Asal Barang Jadi Duit : Pengumpulan Minyak Masak Terpakai & Sisa 3R' anjuran Majlis Perbandaran...
POLIS MELAKA LAKSANA PENGUATKUASAAN MENYELURUH, PANTAU KESELAMATAN SEPANJANG OP SELAMAT 24
PENGKALAN BATU 28 Mac - Penguatkuasaan secara menyeluruh dan pemantauan keselamatan antara fokus utama Polis Kontinjen Melaka sepanjang Op Selamat...