PENGASUH DITAHAN BANTU SIASATAN BAYI LELAKI LAPAN BULAN MAUT

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

ALOR GAJAH 7 September – Seorang pengasuh sebuah taska di Kelemak di sini, ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal di dunia premis berkenaan, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Ashari Abu Samah berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan pihak polis kira-kira jam 3.30 petang di lokasi kejadian.

“Tangkapan ke atas suspek itu dibuat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

“Suspek yang sudah berkahwin kini ditahan sebelum permohonan reman terhadapnya dibuat esok (hari ini) bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan,” katanya.

Menurut Ashari, bayi terbabit dihantar ke taska berkenaan kira-kira jam 7.05 pagi oleh ibu dan datuknya.

“Bagaimana kira-kira jam 9.05 pagi, ibu bayi berkenaan menerima panggilan telefon daripada pihak taska yang memaklumkan tubuh badan mangsa dalam keadaan biru.

“Setibanya di taska, datuk dan ibunya mendapati muka mangsa sudah biru dan hidungnya turut berdarah selain bayi berkenaan berada dalam keadaan terkulai.

“Bayi berkenaan kemudian dibawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Alor Gajah dan disahkan meninggal dunia oleh doktor yang merawatnya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

779
Kongsi :
Previous post MUKA ANAK BIRU, MULUT BERDARAH – BAPA
Next post ’13 TAHUN KAMI MENANTI ZURIAT..’
Ubah saiz-+=