Pengasuh didakwa pukul, cakar bayi
AYER KEROH, 27 Mei – Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini atas pertuduhan memukul dan mencakar seorang bayi berusia 11 bulan, minggu lalu.
Tertuduh, Nabilah Md Johan, 27 bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nariman Badruddin.
Mengikut pertuduhan, Nabilah dipercayai menganiaya seorang kanak-kanak perempuan di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) dengan mencakar pipi sebelah kiri dan memukul badan mangsa menggunakan tangan.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah Taska di Taman Seri Telok Mas, Melaka antara jam 5.30 petang hingga 5.45 petang, 18 Mei lalu.
Perbuatan itu dipercayai terbongkar selepas pengadu menonton rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada keesokan harinya iaitu, 19 Mei lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N Sivashangari manakala tertuduh diwakili peguam, Ab Kadir Ismail.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM 8,000 dengan seorang penjamin dan dilarang mengganggu saksi sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 23 Jun depan sebagai sebutan tarikh semula kes.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA TARIK DARJAH KEBESARAN PENGERUSI EKSEKUTIF GISBH
AYER KEROH 18 November - Kerajaan Melaka menarik balik Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk dianugerahkan kepada...
PENGURUS KILANG RUGI LEBIH RM940,000 TERPERDAYA PELABURAN DALAM TALIAN
JOHOR BAHRU 18 November - Seorang pengurus kilang mengalami kerugian RM943,250 selepas mendakwa terperdaya dengan pelaburan dalam talian, pada Mei...
ANAK DIKHUATIRI LEMAS, IBU SELAMAT KETIKA MANDI SUNGAI DI GERIK
IPOH 18 November - Seorang wanita berusia 20 tahun dikhuatiri lemas manakala ibunya yang berusia 48 tahun terselamat ketika mandi...
KORIDOR UTILITI MELAKA SELARAS SISTEM UTILITI, INFRASTRUKTUR NEGERI
SERI NEGERI 15 November - Penubuhan Koridor Utiliti Melaka (KUM) dijangka dapat melancarkan proses melibatkan Pelan Pemetaan Pengesanan Bawah Tanah...
JALAN SEHALA ALTERNATIF PENYURAIAN TRAFIK, KURANGKAN KEMALANGAN
DUYONG 18 November - Pelaksanaan laluan sehala di Jalan Permatang Duyong, di sini, antara langkah penyuraian trafik khususnya pada waktu...
WANITA RUGI LEBIH RM20,000 ANGKARA “LOVE SCAM”
KUALA TERENGGANU 17 November - Seorang wanita mengalami kerugian RM20,900 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan cinta atau love scam, selepas berkenalan...