
Pengantin datang mengundi tarik perhatian ramai
MERSING, 12 Mac – Kehadiran sepasang pengantin untuk mengundi bagi DUN Endau hari ini menarik perhatian ramai.
Ummi Zulaikha Husri, 25, ditemani suaminya, Nik Ahmad Faris Mohd Fauzi, 26, dengan memakai busana songket berwarna merah hati tiba di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Tenglu kira-kira pukul 4.40 petang tadi.
Beliau yang merupakan jurutera mekanikal di sebuah syarikat swasta di Shah Alam berasa amat teruja memandangkan ini kali pertama dia mengundi ditambah pula tarikh yang sama dengan hari bahagia mereka.
“Bagaimanapun, saya memilih untuk mengundi pada waktu petang setelah selesai majlis persandingan kerana tidak mahu ‘merosakkan’ inai,” selorohnya yang telah bernikah semalam di Kampung Tenglu.
Sementara itu, Nik Ahmad Faris ketika ditemui pemberita berkata dia yang berasal dari Besut, Terengganu hanya datang menemani isterinya mengundi pada hari ini kerana beliau bukan pengundi di kawasan berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...