Sorting by

×

PENGANJURAN MINGGU SAINS NEGARA 2024 MEMBANGGAKAN – KM

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

LENDU 29 Oktober – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan kepada Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan dalam menjayakan sambutan Minggu Sains Negara (MSN) 2024 Peringkat Negeri Melaka.

Beliau berkata, program anjuran bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka itu mencapai taraf kebangsaan terutama dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Menurutnya, usaha itu mencerminkan komitmen tinggi Kerajaan Negeri dalam memperkukuh pendidikan secara holistik, membangunkan potensi pelajar seiring usaha memartabatkan aktviti jasmani dan kokurikulum peringkat kebangsaan.

“MSN kali juga turut melaksanakan program bersama iaitu MyAero Melaka Talent bertujuan memperkasa kan3 bakat dalam bidang penerbangan dan aeroangkasa menerusi gabungan MyAero Centre, Naico Malaysia, Kelab Rakan Udara Malaysia, University Kuala Lumpur Malaysia Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) selain rakan-rakan strategik aeroangkasa.

“Saya cukup terharu bahawa Kerajaan Negeri telah berjaya meraih pengiktirafan daripada Malaysia Book of
Record (MBOR) apabila merekodkan penyertaan lebih 1,000 orang peserta bagi Pertandingan Paper Plane yang telah berlangsung pada 21 hingga 23 Oktober yang lalu.

“Alhamdulillah, saya lihat penganjuran kali ini menawarkan pelbagai kelainan dan pengisian sememangnya menjurus ke arah tema yang ditekankan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Tahniah diucapkan kepada Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital serta JPN atas kejayaan merangkul pengiktirafan pada penganjuran kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian MSN 224 Peringkat Negeri MELAKA di Dewan Taming Sari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Alor Gajah, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; Speaker Dewan Undangan Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan; barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

161
Kongsi :
Previous post MSN MELAKA 2024 CATAT JUMLAH PENGUNJUNG TERTINGGI
Next post KAUNTER AGIHAN ZAKAT MAIM DIBUKA WAKTU REHAT
Ubah saiz-+=