
Penganjuran Karnival Penjana Kerjaya Melaka belum muktamad
AYER KEROH 19 Jan. – Keputusan penganjuran Karnival Penjana Kerjaya Melaka hujung Februari depan belum muktamad dan bergantung kepada situasi semasa pendemik COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Ar Ismail Othman berkata, sekiranya penularan wabak COVID-19 terus meningkat pada masa itu, karnival akan ditangguhkan dan mungkin dibuat secara atas talian.
Menurutnya, keputusan itu bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang membawa kepada penularan wabak itu yang lebih kritikal di negeri ini.
“Sebab itu saya katakan jika keadaan negeri kita kembali aman dan wabak COVID-19 ini semakin berkurang, baru buat.
“Selagi tidak aman (kes meningkat) kita tak buat kerana saya tidak mahu karnival ini menjadi penyebab penularan wabak ini,” katanya kepada pemberita di Menara Persekutuan, hari ini.
Ismail sebelum ini menyasarkan kira-kira 15,000 pencari kerja di negeri ini akan menyertai karnival berkenaan.
Views:
Related


Berita Lain
PINTU MASUK MELAKA LEBIH INDAH, CERIA SEMPENA AIDILFITRI
PAYA RUMPUT 15 Mac - Kesemua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini diminta untuk menceriakan kesemua pintu masuk...
TINDAKAN TEGAS MENANTI KONTRAKTOR PENYELENGGARAAN TIDAK IKUT SOP – MPHTJ
AYER KEROH 15 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada kontraktor penyelanggaraan...
KPDN EDAR 18,000 BAUCAR E-DOMPET
DUYONG 15 Mac - Sejumlah 18,000 baucar e-dompet diedarkan dan dinikmati oleh rakyat Melaka bermula 11 hingga 15 Mac (hari...
NENEK ‘BERTUNANGKAN’ SCAMMER, ANTARA KISAH PENIPUAN TERJADI DI MELAKA
MACHAP JAYA 15 Mac - Menemui cinta di usia senja mungkin sepatutnya menjadi kenangan terindah buat seorang wanita warga emas...
BEKAS WARTAWAN MELAKA HARI INI MENINGGAL DUNIA
ALOR GAJAH 15 Mac - Bekas wartawan sambilan Melaka Hari Ini, Jaafar Neemat meninggal dunia di Hospital Alor Gajah, hari...
TUJUH TERNAKAN DILELONG JIKA TIDAK DITUNTUT – MPAG
ALOR GAJAH 15 Mac – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menangkap tujuh ekor ternakan dikesan berkeliaran sekitar Taman Datuk Setia,...