Sorting by

×

PENGANJURAN JUALAN RAHMAH DISASAR MENINGKAT 200 PERATUS

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

ALOR GAJAH 29 Oktober – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, menyasarkan jumlah penganjuran Jualan Rahmah Madani seluruh negeri ini sepanjang 2025 meningkat kepada 200 peratus.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, sasaran itu berdasarkan peningkatan peruntukan iaitu sebanyak RM300 juta diterima KPDN bagi melaksanakan Program Paying Rahmah yang diumumkan pada Belanjawan 2025 berbanding RM200 juta sebelum ini.

“Peningkatan jumlah peruntukan membolehkan KPDN melaksanakan lebih banyak program Jualan Rahmah Madani, kita bercadang untuk perluaskan inisiatif ini ke seluruh Melaka.

“Sekarang ini Jualan Rahmah Madani dilakukan secara bergerak atau di pasar raya, selepas ini boleh diperluaskan ke kedai runcit bagi memberi manfaat kepada golongan kurang mampu.

“Saya boleh katakan peningkatan itu akan mencapai 200 peratus dengan kekerapan sehingga 80 kali dalam tempoh sebulan berbanding hanya 60 kali pelaksanaan pada masa ini,” katanya.

Norena berkata demikian ketika ditemui selepas Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 Peringkat Negeri Melaka yang disempurnakan oleh Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin, di sebuah pasar raya di Alor Gajah, semalam.

Menurutnya, dalam tempoh Januari hingga 30 September tahun ini sebanyak 764 kali penganjuran Jualan Rahmah Madani sudah dilaksanakan dengan nilai jualan terkumpul sebanyak RM23 juta.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

88
Kongsi :
Previous post PMH TEROKA PERNIAGAAN EJEN KEMBARA
Next post MICOST LAHIR 3,670 GRADUAN SEJAK 2006
Ubah saiz-+=