Penganggur, pengurus direman disyaki rasuah pegawai TNB
AYER KEROH 1 Mac – Penganggur dan pengurus syarikat direman enam bermula hari ini hingga Ahad depan bagi membantu siasatan membabitkan pemberian wang kepada pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Perintah tahanan reman keatas lelaki berusia 43 dan 33 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini,
Kedua-dua mereka ditahan antara jam 11.40 pagi hingga 12.50 tengah hari semalam,
bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Sumber SPRM berkata, kedua-dua mereka ditahan SPRM Melaka selepas disyaki terbabit mencuri bekalan elektrik dengan menggunakan peralatan khas bagi tujuan mengurangkan bayaran elektrik bulanan.
Katanya, siasatan dijalankan mendapati mereka dipercayai memberikan wang rasuah kepada kepada pegawai TNB apabila pengesahan dibuat mendapati terdapat sambungan wayar elektrik yang tidak sah di premis.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.