
PENGANGGUR DISYAKI CABUL GADIS SEDANG BERSENAM
AYER KEROH 11 April – Seorang lelaki yang juga penganggur ditahan polis selepas dipercayai mencabul seorang gadis dalam kejadian di Taman Rekreasi Bukit Serindit, di sini, kira-kira jam 10 malam semalam.
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki berusia 27 tahun berasal dari Jasin itu ditahan kira-kira jam 12.05 tengah malam di lokasi kejadian selepas pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian.
“Suspek didakwa terbabit dalam kes cabul melibatkan seorang gadis berusia 20 tahun yang ketika itu sedang bersenam.
“Berdasarkan siasatan awal, ketika kejadian mangsa sedang bersenam seorang diri sebelum tiba-tiba didatangi suspek dan kejadian itu didakwa berlaku,” katanya.
Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing dilakukan mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah dan dia ditahan reman selama empat hari hingga 14 April bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Susulan kejadian, Dzulkhairi menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati dan tidak melakukan aktiviti luar secara bersendirian bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA ANJUR BACAAN YASIN, TAHLIL UNTUK ALLAHYARHAM TUN ABDULLAH
KLEBANG 15 April - Kerajaan Negeri menganjurkan majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal...
DENTUMAN ‘MANTERA’ MANA LAGI, MELAKA LER
SERI NEGERI 15 April - Tahun Melawat Melaka (TMM) yang bermula pada 2024 yang lalu telah menyaksikan sektor pelancongan Melaka...
WRUR: KAEDAH BAHARU MERAKYATKAN PENTADBIRAN MELAKA
SERI NEGERI 15 April - Dalam mengharmonikan masyarakat dan menyantuni denyut nadi rakyat, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri...
‘KUASA’ KEBERANIAN, IDEA DI LUAR KOTAK AB RAUF YUSOH
SERI NEGERI 15 April - Tanggal 31 Mac 2025, genap dua tahun Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh diberi amanah...
PIDATO RUKUN NEGARA PIALA TYT MELAKA SASAR LEBIH 4,000 PENYERTAAN
SERI NEGERI 15 April - Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka...
WARGA EMAS MAUT DILANGGAR KERETA KETIKA LINTAS JALAN
BUKIT KATIL 15 April - Warga emas maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Penghulu Jaabar, di...