Sorting by

×

Penganalisis politik hentikan spekulasi – Ahmad Zahid

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

MASJID TANAH 19 Okt – Penganalisis politik negara diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN)

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ahli akademik tidak seharusnya membuat telahan pada PRN Melaka yang tentunya melakarkan satu landskap politik baharu berdasarkan situasi politik semasa.

“Maka jangan ada spekulasi daripada mana-mana penganalisis politik untuk menelaah di manakah pendirian UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam PRN negeri Melaka.

“…dan keputusan muktamad ini, kita akan umumkan apabila mesyuarat Biro Politik dan juga Majlis Tertinggi UMNO dan diikuti diikuti Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang akan kita adakan insya-Allah minggu depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera parti menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 8 November ini dan pengundian 20 November.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Turut sama, Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad, Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan, beberapa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, semua Ketua UMNO Bahagian dan Jawatankuasa keseluruhannya lebih 500 jemputan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

629
Kongsi :
Previous post UMNO ikut perlembagaan parti putuskan senarai calon
Next post ‘UMNO dan PN tidak ada perselisihan faham’ – Hamzah
Ubah saiz-+=