Sorting by

×

Pengamal media rakan strategik MBMB

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 14 Ogos – Peranan pengamal media penting bagi menyampaikan maklumat kepada warga bandaraya sekali gus membantu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) supaya terus efisien dan relevan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azhar Arshad berkata, MBMB sentiasa meletakkan rakan media sebagai rakan strategiknya pada setiap masa.

“Media dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berpisah tiada, tiada siapa yang boleh menafikan peranan wartawan dan media massa dalam pembangunan sesebuah negara.

“Ia dapat mengubah pemikiran masyarakat, malah kekuatan yang ada pada ketajaman sesebuah penulisan boleh menjatuhkan atau membangunkan sesebuah negara seperti kata pepatah ‘Mata Pena Lebih Tajam Dari Mata Pedang’.

“Teruslah berkarya dan menampilkan imej yang baik di platform media sosial serta terus bekerjasama membantu kerajaan dalam usaha mempromosikan Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bagi Tahun 2024 di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Hadir sama Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman; Setiausaha MBMB, Ahmad Azlan Ahmad Salleh; Pengerusi Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA), Amir Mamat dan para pengamal media Melaka.

Menurutnya, kuasa media sosial sangat besar terutama dalam membentuk pemikiran sesebuah masyarakat.

“Ditambah dengan teknologi tanpa sempadan pada zaman serba moden ini, netizen bebas menularkan sebuah cerita tanpa menyelidik perkara tersebut terlebih dahulu.

“Di sinilah peranan wartawan dan penggiat media untuk sama- sama membantu menyebarkan berita atau informasi yang sebenar tanpa menokok tambah fakta tersebut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

99
Kongsi :
Previous post Hayati dan kenang jasa pejuang kemerdekaan
Next post Semua PPS ditutup, mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah
Ubah saiz-+=