Sorting by

×

Pengamal media berdedikasi bawa berita terkini untuk masyarakat

Masa Membaca:45 Saat

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Pengamal media di negara ini mempamerkan dedikasi dan profesionalisme dengan membawa berita serta rencana terkini berdasarkan keadilan untuk tatapan masyarakat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, yang melontarkan kata-kata pujian itu, turut mengajak pengamal media agar sama-sama berganding bahu menumpukan segala usaha dalam memerangi COVID-19, menjaga kebajikan rakyat dan meneruskan kelangsungan ekonomi negara.

Foto – Twitter Saifuddin.

“Setinggi penghargaan juga dizahirkan kepada para warga media tanah air yang sentiasa bertungkus lumus melaporkan berita sahih serta mendedahkan berita palsu khususnya dalam pelbagai krisis yang melanda negara,” katanya menerusi hantaran di Twitter hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Sinar Harian dan Malaysia Gazette masing-masing sempena sambutan ulang tahun ke-15 dan kelapan.

“Teruskan perjuangan memantapkan dunia penyampaian maklumat negara,” katanya kepada kedua-dua organisasi media.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

363
Kongsi :
Previous post MDEC rai 25 tahun pacu transformasi digital Malaysia
Next post Naik satu kereta empat orang, remaja lelaki dikenakan kompaun
Ubah saiz-+=