Sorting by

×

Pengadil ‘kontroversi’ digantung dua minggu

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

KUALA LUMPUR 15 Mac – Pengadil yang mengadili aksi Kelab Bolasepak Petaling Jaya (PJ) City menentang Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) digantung dua minggu berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Fairuzi didapati membuat kesilapan apabila gagal mengesan tindakan pemain PJ City FC, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri melakukan simulasi atau ‘diving’ dalam kotak penalti lawan ketika perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Rabu lalu.

“Mohd Fairuzi juga akan dirujuk kepada Pengurus Pembangunan Pengadil dan Pengadil Profesional FAM, Nagor Amir Noor Mohamed untuk mengikuti program penambahbaikan prestasi sebelum kembali bertugas bermula dari liga divisyen bawah.

“Dia hanya akan dilantik semula sebagai pengadil perlawanan Liga Super selepas prestasinya dinilai berada pada tahap yang memuaskan,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, peman gantian PJ City FC, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri atau Beto turut dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib FAM berdasarkan bukti rakaman video ekoran tindakannya itu yang sengaja dilakukan bagi mendapatkan sepakan penalti.

“Tidak terkecuali, penyerang MUFC, Alex dos Santos Goncalves yang sengaja membaling bola ke arah pengadil selepas meraikan gol kedua pasukannya pada penghujung perlawanan juga akan dirujuk ke jawatankuasa sama,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tular rakaman video menunjukkan pengadil perlawanan gagal mengesan ‘lakonan’ dilakukan Beto dalam kotak penalti sekali gus memberikan gol pendahuluan buat PJ City FC.

Perlawanan itu bagaimanapun berakhir seri 2-2 apabila MUFC berjaya menjaringkan gol penyamaan di masa kecederaan separuh masa kedua.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

636
Kongsi :
Previous post Tiada nohtah nasib nelayan
Next post Kertas siasatan kes kartel daging diserah kepada Pejabat Peguam Negara
Ubah saiz-+=