
Penerbangan Melaka-Pekanbaru, Melaka-Penang dibuka mulai 12 Ogos
AYER KEROH 13 Julai – Penerbangan secara terus Pekanbaru-Melaka dan Melaka-Pekanbaru akan dibuka secara rasmi bermula 12 Ogos depan.
Menurut kenyataan Tourism Melaka, penerbangan dua hala itu akan dikendalikan Batik Air (sebelum ini dikenali sebagai Malindo).
Harga tiket penerbangan yang ditawarkan ialah bermula dari RM299 sahaja.
Ia menyaksikan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) akan kembali meriah menerima kehadiran pelancong selepas lebih dua tahun ditutup sejak pandemik COVID-19 melanda.
Selain Pekanbaru, Malindo turut membuka laluan Melaka-Penang-Melaka pada 12 Ogos depan.
Mengikut laman web Batik Air, harga tiket bagi penerbangan Melaka-Penang dan Penang-Melaka bermula dari RM198.56.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.malindoair.com/.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...