
Penduduk terlibat banjir segera pindah ke PPS – Adun
DURIAN TUNGGAL 3 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal Zahari Abd Kalil menasihatkan kepada semua penduduk di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN)nya agar sentiasa berwaspada dengan bencana banjir yang melanda negeri ini.
Beliau mengarahkan semua penduduk agar segera berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang disediakan jika bencana banjir di kawasan itu semakin bertambah teruk.
“Jika keadaan bertambah teruk jangan tangguh untuk berpindah ke PPS yang disediakan, terutama kediaman yang terletak berhampiran sungai seperti kediaman Aminah, Romzi, Zaiton dan Hamidah.
“Kita khuatir jika limpahan sungai di luar kawalan, benteng sungai akan pecah dan memberi kesan buruk kepada keluarga yang terlibat.
“Antara kawasan ‘hotspot’ yang dilanda banjir adalah Kampung Bukit Balai, Kampung Bukit Tambun, Kampung Pulau dan Kampung Belimbing Dalam,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.
Terdahulu Zahari mengadakan lawatan di PPS Kampung Bukit Tambun bagi menyantuni keluarga yang terlibat dalam bencana itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...
RM2.5 JUTA DIPERUNTUKKAN UNTUK DANA KASIH NIAGA
SERI NEGERI 29 April - Sejumlah RM2.5 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri di bawah Dana Kasih Niaga sejak 2021 sehingga 2023...
SAMB LAKSANA KERJA GANTIAN PAIP USANG DI SUNGAI UDANG
SERI NEGERI 29 April - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem retikulasi di Sungai Udang...
4 STRATEGI PACU MELAKA JADI NEGERI CONTOH
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Negeri menggariskan empat strategi dalam memacu Melaka terus ke hadapan dan menjadi negeri contoh...
4,000 LAMPU SOLAR BAKAL TERANGI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi pemasangan 4,000 unit...