Sorting by

×

Penduduk Sungai Udang dan Lendu sambut ziarah Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

SUNGAI UDANG 3 April. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali hari ini mengadakan lawatan kerja di beberapa lokasi di Sungai Udang dan Lendu bagi menyantuni penduduk di kawasan terbabit.

Lokasi pertama dikunjungi beliau sejak awal pagi tadi dimulakan dengan menunaikan solat Subuh berjemaah dan seterusnya merasmikan Surau Al Iman, Taman Indah, Sungai Udang, dekat sini.

Program yang turut dihadiri penceramah undangan, Amsyari Jais itu turut mengimamkan jemaah yang hadir dalam kunjungan kali ini.

SULAIMAN bersama jemaah mendengar kuliah Subuh di Surau Al Iman, Sungai Udang.

Pada masa sama, beberapa jemaah yang merupakan golongan asnaf di dalam kariah terbabit turut menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan dapur disampaikan Sulaiman.

Sejurus selesai, Sulaiman juga mengunjungi beberapa rumah penghidap penyakit kronik bagi menyelesaikan permasalahan dihadapi terutama dalam urusan kebajikan pesakit di rumah terbabit.

Beliau kemudian meneruskan lawatan ke Batu 17, Jalan Ayer Hitam, Lendu bagi merasmikan sebuah lagi madrasah yang bakal dibina dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

SEORANG penduduk yang menghidap penyakit kronik, Anisah Hassan dilawati Sulaiman bagi mendengar permasalahan yang dihadapinya di Taman Indah.

Majlis Perasmian Menanam Cerucuk Pembinaan Madrasah Tahfiz Al-Quran Wal Ulum Musthafawiyah Raissiyah berkeluasan kira kira 0.202 hektar itu bakal menyemarakkan kawasan terbabit sebagai gerbang ilmu yang melahirkan cendekiawan tokoh Islam.

Program mingguan diadakan kali ini turut dihadiri Setiausaha Politik Ketua Menteri, Datuk Wira Sazali Muhd Din dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Md Azhan Samat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

675
Kongsi :
Previous post 3.5 peratus penerima vaksin alami kesan sampingan ringan, serius
Next post Kluster Teknologi Berendam tamat hari ini.
Ubah saiz-+=