Sorting by

×

Penduduk pangsapuri, PPR hargai keprihatinan kerajaan negeri

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

MELAKA 18 Jun – “Inisiatif kerajaan negeri memberi pengurangan 10 peratus bil air kepada penyewa dan 50 peratus sewa bulanan amat membantu penduduk dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar ketika ini.

“Bantuan seperti ini amat diharap-harapkan oleh kami, komuniti penduduk yang hampir kesemuanya dari golongan berpendapatan rendah.

“Selain mempunyai tanggungan keluarga yang besar komuniti kami juga lebih banyak terkesan dengan keadaan pandemik Covid-19 yang berlaku.

“Melalui insentif bantuan ini, dapatlah penduduk memfokuskan kepada keperluan hidup yang lain dan tidak lagi terbeban membayar bil air yang tinggi atau bayaran bulanan rumah,”.-
Pengerusi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tehel, Rashidi Bahari.

 

Abdullah Omar.

“Bajet Rangsangan Ekonomi kerajaan negeri Melaka bukti keprihatinan kerajaan negeri terhadap rakyat yang kurang berkemampuan khususnya warga PPR.

“Bantuan yang diberikan sememangnya sudah lama ditunggu kerana kehidupan semakin sukar sepanjang pandemik Covid-19 melanda.

“Ada dalam kalangan penduduk yang terpaksa diberhentikan kerja, menganggur tiada kerja sejak negara dilanda pandemik ini.

“Insentif bantuan ini sekurang-kurangnya meringankan tekanan kewangan yang dihadapi penduduk dan seterusnya menjadi pendorong untuk berusaha ke arah lebih baik pada masa depan,”.

Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Krubong
Abdullah Omar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

396
Kongsi :
Previous post UPDATE: Melaka umum pakej RM175 juta untuk bantu rakyat, ekonomi
Next post Hargai insentif bantuan, harap vaksinasi diperluas kepada penggiat industri pelancongan
Ubah saiz-+=