
Penduduk gempar, sebuah unit pangsapuri terbakar
KESIDANG 8 Disember – Penduduk di Blok G, Pangsapuri Tengkera Jaya, di sini, gempar apabila sebuah unit rumah di situ terbakar, dalam kejadian tengah hari tadi.
Kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, mengakibat unit itu rosak kira-kira 20 peratus.
Difahamkan ketika kejadian penghuni rumah berkenaan tiada di rumah kerana keluar bekerja.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.18 tengah hari, sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah bersama 16 anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, panggilan diterima daripada orang awam yang juga penduduk sekitar selepas menyedari terdapat kebakaran sebuah unit di tingkat satu.
“Setibanya di lokasi kejadian pasukan bomba bertindak mengawal dan memadam kebakaran dari merebak ke unit bersebelahan.
“Kebakaran itu mengakibat kediaman terbabit mengalami kerosakan kira-kira 20 peratus,” katanya.
Menurutnya, operasi pemadaman tamat pada jam 1.13 petang sebelum pasukan forensik bomba menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran.
“Siasatan awal dijalankan mendapati kebakaran disyaki berpunca daripada tempat sembahyang yang berada di dalam unit kediaman itu,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
