Sorting by

×

Penduduk berbesar hati Ketua Menteri santuni rakyat

Masa Membaca:47 Saat

RIM 8 Ogos – “Saya amat berbesar hati Yang Berhormat Ketua Menteri Melaka sanggup turun padang menyantuni rakyat.”

Itu disuarakan seorang pengusaha bengkel motosikal Ng Chee Fat, 56 ketika bersarapan bersama Datuk Haji Sulaiman Md Ali ketika lawatan pemimpin negeri itu ke Kampung Simpang Bekoh di sini hari ini.

Chee Fat berkata dia pertama kali bertemu empat mata dengan pemimpin yang disifatkan mesra rakyat dan murah dengan senyuman itu.

Katanya, kehadiran Sulaiman ke kampung berkenaan diharap sedikit sebanyak mampu memberi perubahan dari segi pembangunan dan keperluan masyarakat setempat.

“Saya bangga sebagai rakyat kerana bukan mudah kita hendak berjumpa pemimpin negeri yang sentiasa sibuk dengan jadual padat,” katanya ketika ditemui di Gerai Kari Kambing Pak Atan di sini.

Sementara itu, Siti Rohani Ayob, 63 berkata dia bersyukur mempunyai pemimpin yang berjiwa rakyat.

“Pertama kali jumpa secara dekat dan ramah-tamah orangnya.

“Itu bermakna beliau sendiri mahu melihat keadaan kampung, yang mana perlu diperbaiki ,saya harap beliau terus menghulurkan bantuan,” katanya.

Views:

352
Kongsi :
Previous post Program NFCP perlu diperluaskan
Next post Ketum bukan tonik kesihatan – AADK Melaka
Ubah saiz-+=