Pendidikan Orang Asli terus diperkasa

Masa Membaca:51 Saat

RIM 12 Sept. – Kerajaan negeri akan memastikan sistem pendidikan Orang Asli akan terus diperkasakan bagi memastikan golongan itu tidak tercicir daripada arus pembangunan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md. Ali berkata, pihaknya meletakkan sasaran untuk memastikan setiap orang asli di negeri itu menerima sistem pendidikan secara formal.

Menurutnya, pihaknya akan sentiasa membantu golongan Orang Asli di negeri ini melalui pendidikan secara intelektual termasuk menyediakan skim bantuan galakan dan menaik taraf infrastruktur institusi pendidikan.

“Kerajaan negeri memang tidak pernah mengabaikan soal pendidikan mahupun pelbagai aspek pembangunan golongan itu di negeri ini agar dapat memastikan mereka tidak ketinggalan daripada kaum lain yang ada di Malaysia.

“Kita akan terus memastikan sasaran setiap Orang Asli akan menerima pembelajaran secara formal akan tercapai sekali gus mampu membantu dan mempertingkatkan pendidikan mereka seperti dengan inisiatif Skim Bantuan Galakan Pendidikan yang telah diusahakan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Kit Makanan Kepada Warga Orang Asli Daerah Jasin 2020, di Kampung Orang Asli Lubuk Bandung, di sini petang tadi.

Views:

764
Kongsi :
Previous post Gotong Royong Perdana serentak seluruh Melaka 3 Oktober
Next post COVID-19: Ujian saringan penduduk Kota Setar ambil masa seminggu
Ubah saiz-+=