
Pendapatan negara lebih penting daripada politik
REMBIA 9 Jan – Ahli Majlis Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Zuraida Kamaruddin menegaskan fokusnya kini tertumpu kepada meningkatkan pendapatan negara berbanding memperkatakan soal politik.
Menurut beliau, sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, fokusnya terarah kepada tugas dan amanah diberikan selain menstabilkan ekonomi negara dalam pasca pandemik COVID-19.
“Sekarang saya cuma mahu fokus kerja-kerja untuk meningkatkan pasaran sawit dan pendapatan negara kerana itu lebih penting dalam keadaan pasca pandemik ini.
“Kita harus usaha untuk mengembalikan dan menstabilkan ekonomi negara, itu lebih penting,” jelasnya.
Beliau berkata demikian di sidang media pada Program Ziarah Prihatin Pasca Banjir yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis, di Pengkalan, hari ini.
Zuraida, sebelum ini bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dikatakan antara dua Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang bakal menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Terdahulu, pada program sumbangan itu seramai 174 mangsa banjir dari Rembia dan Taman Merdeka menerima sumbangan antaranya dapur gas, pinggan mangkus serta barangan keperluan asas.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...